klik link di bawah:
https://drive.google.com/file/d/0BwLSuAaBM7DcVzMycW1EMTh0SW8/view?usp=sharing
TULISAN JAWI DALAM PENDIDIKAN
https://drive.google.com/file/d/0BwLSuAaBM7DcVzMycW1EMTh0SW8/view?usp=sharing
TULISAN JAWI DALAM PENDIDIKAN
1.0 PENDAHULUAN
Sejak abad ke 15 dan seterusnya, pengajaran Islam dalam bahasa
Melayu dengan mengguna kitab dan buku tulisan jawi diajar di masjid, surau,
madarasah, sekolah pondok dan di rumah tok guru di merata tempat di Malaysia
dan Indonesia. Pendidikan Islam tradisi ini sangat berpengaruh di kalangan
orang Melayu.
Semasa zaman penjajahan Inggeris di Malaysia, Pendidikan Islam
(Islamic Studies) tidak diajar di sekolah kerajaan, sama ada di Sekolah Melayu
atau di sekolah Inggeris. Tetapi tulisan jawi diguna untuk mengajar membaca dan
menulis di Sekolah Melayu Darjah 1 - 6. Kebanyakan murid Muslim belajar agama
Islam di sekolah agama di sebelah petang, dengan mengguna buku tulisan jawi.
Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang baru memaktubkan Agama Islam sebagai
agama rasmi negara, dan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Dengan itu
Pendidikan Islam diajar sebagai salah satu mata pelajaran di sekolah. Tetapi
skrip tulisan rasmi bahasa Melayu ialah skrip rumi. Tulisan jawi sudah tidak
dianggap penting dalam urusan rasmi, termasuk dalam pendidikan. Akta Bahasa
Kebangsaan 1963, (dan dikaji semula 1967), juga mengiktiraf skrip rumi sebagai
skrip rasmi.
2.0 TULISAN JAWI DALAM PENDIDIKAN
Masalah Kelemahan Membaca dan Menulis Jawi di Kalangan Murid
Sekolah Rendah dan Menengah.Dengan termaktubnya rumi sebagai skrip rasmi bahasa
Melayu, maka semua buku teks termasuk buku teks Pendidikan Islam di sekolah
rendah dan menengah diterbit dalam huruf rumi saja. Tulisan jawi tidak lagi
diajar di sekolah kerajaan (1960)
Dengan ini mulalah merosotnya kemahiran murid membaca dan menulis
jawi. Bahkan ada di antara pelajar yang tidak belajar di sekolah Agama Islam
disebelah petang, mendapati sukar membaca Al-Quran. Hanya di negeri-negeri
seperti Johor, Kelantan dan Selangor yang mempunyai sistem ‘sekolah agama’ nya
sendiri yang pelajar dapat belajar agama Islam dalam tulisan jawi.
Kemorosotan ini berterusan sehingga awal tahun 1980an. Desakan dari
masyarakat Melayu bertambah kuat supaya tulisan jawi diajar semula di sekolah
dan tulisan jawi diguna untuk menerbit buku teks.
Dalam tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR ), memasukkan
semula tulisan jawi sebagai sebahagian dari Pendidikan Islam untuk murid Tahun
3 – 6, dan diajar 30 minit seminggu. (Sukatan Pelajaran Agama Islam Sekolah
Rendah, Kementerian Pendidikan, Malaysia 1982). Kesannya tentulah amat terhad.
Desakan makin bertambah apabila gejala kemorosotan pendidikan Islam di kalangan
pelajar Islam meningkat dan ramai yang tidak boleh membaca Al-Quran. Resolusi
dalam satu Konvensyen tentang tulisan jawi pada 8 – 11 April, 1984 di
Terengganu, mendesak kerajaan supaya memasukkan semula tulisan jawi dalam
kurikulum sekolah. Murad Mohd Noor, Ketua Pengarah Pelajaran ketika itu (1984)
mengisytiharkan bahawa jawi dimasukkan semula dalam kurikulum sekolah, sebagai
sebahagian daripada Pendidikan Islam.
Sebagai langkah yang drastik, pada 1986 semua buku teks Pendidikan
Islam sekolah rendah diterbitkan dalam tulisan jawi dan tidak lagi dalam
tulisan rumi. Mulai tahun 1988 semua buku Pendidikan Islam Tingkatan 1 dan
kemudian buku bagi Tingkatan seterusnya, diterbitkan dalam tulisan jawi. Guru
agama Islam diarah supaya mengguna tulisan jawi dalam pengajaran mereka.
Perubahan yang mengejut ini mengakibatkan tinggi peratus pelajar
Muslim di sekolah rendah dan menengah tidak dapat membaca buku teks jawi,
kerana mereka tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi. Pengetahuan
Islam mereka terhad, dan minat mereka juga rendah.
Kelemahan murid Muslim dalam membaca dan menulis jawi di peringkat
sekolah rendah dan menengah yang dikesan sejak tahun 1980an itu berterusan
sehingga ke tahun-tahun 1990an. Di sini diperturunkan beberapa kajian yang
relevan.
Kajian tinjauan di kalangan 112 guru Pendidikan Islam Tingkatan 1
di Selangor oleh Sarin bin Talib dalam tahun 1995 mendapati 75 % guru
menyatakan separuh daripada pelajar mereka tidak boleh membaca buku teks Jawi
Pendidikan Islam; 65-68% menyatakan pelajar mereka tidak boleh membaca Quran
dan Hadith.
Kajian Isahak Haron dan Hasan Basri (1995) tentang prestasi Jawi
pelajar Tingkatan 2 dan 4 di beberapa buah sekolah di Selangor dan Pahang
mendapati lebih 65% tidak boleh menulis Jawi, dan lebih 45% yang tidak boleh
membaca teks Jawi. Tidak ada usaha dan kaedah ‘pengajaran pemulihan jawi’
dijalankan di sekolah.
Kesan kelemahan membaca dan menulis Jawi di sekolah rendah dan
menengah ialah murid tidak dapat membaca buku teks Pendidikan Islam yang
ditulis dalam huruf Jawi dan ini mengurangkan keupayaan mereka memahami kandungan
Pendidikan Islam; dan Pendidikan Islam itu kurang bermakna kepada mereka.
2.1 j-QAF
Usaha untuk memperbaiki kelemahan Jawi ini dibuat dari semasa ke
semasa, termasuk pengajaran pemulihan Jawi oleh guru di sesetengah sekolah.
Kelemahan ini dipandang serius oleh kerajaan kerana ia akan menjejaskan
pendidikan dan penghayatan Islam di kalangan generasi muda. Pada 2004
Kementerian Pelajaran telah memutuskan untuk mengadakan program khas, yang
dinamakan j-QAF bagi mengukuhkan pengajaran - pembelajaran Pendidikan Islam di
sekolah rendah.
Program ini bertujuan supaya pada akhir enam tahun persekolahan
rendah, semua murid menguasai hal-hal berikut:
J – Jawi, boleh membaca dan menulis Jawi dengan baik;
Q – Quran: boleh membaca dan
khatam Quran
A – boleh membaca dan menulis bahasa Arab peringkat asas;
F – mengetahui dan mengamalkan Fardu ain.
Program j-QAF ini bermula pada tahun 2006, tetapi projek
perintisnya bermula pada tahun 2005 di beberapa buah sekolah rendah. Pengajaran
Jawi merupakan komponen penting dalam program pengukuhan Pendidikan Islam ini.
Objektif pengajaran-pembelajaran Jawi ialah supaya semua murid dapat membaca
dan menulis skrip Jawi dengan baik sebelum tamat Tahun 6 sekolah rendah. Ini
akan membolehkan mereka membaca buku teks Pendidikan Islam dalam tulisan jawi
dan menulis jawapan dalam tulisan Jawi. Tahap 1 (Tahun 1 – 3) merupakan waktu
penting untuk memberi asas membaca dan menulis jawi kepada murid. Dua waktu (60
minit) seminggu diperuntukkan untuk belajar jawi.
3.0 PENUTUP
Kesimpulannya, tulisan Jawi perlu diperkasakan semula seperti suatu
ketika dulu. Kegemilangan tulisan Jawi perlu dikembalikan semula memandangkan
tulisan Jawi antara tulisan dunia yang masih bertahan dan kekal hingga ke hari
ini. Tulisan Jawi juga harus mampu bergerak seiringan dengan tulisan perdana
lain dan boleh bergerak sendirian segagah dulu. Ia diharap mampu menyokong
terutamanya istilah-istilah baru dalam sains dan teknologi yang kebanyakkan
menggunakan kata pinjaman Inggeris.
Tulisan Jawi juga perlu diperluaskan dalam semua penerbitan seperti
risalah, brosur, akhbar, majalah dan sebagainya dan tidak lagi dilihat sebagai
suatu khazanah klasik yang hampir lenyap ditelan zaman. Pembelajaran Jawi di
peringkat sekolah rendah wajar dilanjutkan ke peringkat sekolah menengah dan
seterusnya pengajian tinggi supaya tulisan Jawi dapat diangkat tarafnya sebagai
aksara Melayu yang tinggi nilainya.
Titanium's Tips For New Spade - TitaniumBites
ReplyDeleteSpade-Themed Spade is one of titanium ring the most recognizable names in the 2020 ford ecosport titanium gaming industry. citizen eco drive titanium watch It is the most common design choice ford fusion hybrid titanium of spades. titanium framing hammer