Pages

Monday, 6 May 2013

Rancangan Mengajar Ibadat (Tayammum)



RANCANGAN PENGAJARAN

Mata Pelajaran            : Pendidikan Agama Islam
Kelas                           : 5 An-Nawawi
Bilangan Murid            : 34 orang
Masa                           : 8.30-9.30 pagi
Tajuk                           : Taharah/Kebersihan
Sub Tajuk                    : Tayammum

Hasil Pembelajaran     : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat:
a)    Menyebut pengertian tayammum dengan betul menggunakan perkataan sendiri.
b)    Mengemukakan sekurang-kurangnya dua sebab tayammum.
c)    Melaksanakan amali melibatkan kesemua syarat dan rukun tayammum dengan kesalahan minimum.
Pengetahuan sedia ada: Murid telah mengetahui tentang pentingnya taharah/kebersihan
    dalam islam dan kehidupan seharian.
Gabungjalin                 : Aqidah,Al-Quran
Penerapan Nilai          : Bersyukur,istiqamah,Bersih dan jujur.
Kemahiran Berfikir      : Menjana idea,membanding beza (Peta Minda)
Bahan Bantu Mengajar: Carta,Debu tanah dan lembaran kerj.





Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Pendahuluan
(1 minit)
Doa belajar
١)دعاء: "رب اشرح لي صدري ويسرلي أمري  واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي"

Murid berdoa bersama-sama

Set Induksi
4 minit
Teka Silangkata
Perkataan “Rukhsoh”
Maksud – Kemudahan dalam agama seperti Solat Jamak, Solat Duduk dan Tayamum
Murid diminta meneka silangkata yang ditunjukkan.
Guru memberikan pembayang dan bersoal jawab.


Guru mengaitkan dengan tajuk dan hasil pembelajaran.
KB:
Pemikiran reflektif yang dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada
Teknik:
sumbangsaran
Langkah 1
Menjana idea
(5minit)
Teori tayammum
Guru dan murid bersoal jawab mengenai fahaman murid tentang tayammum dan perkara  berkaitan dengannya.
Contoh:
Apakah yang dimaksudkan dengan tayammum?
Apakah kemungkinan sebab-sebab yang membolehkan tayammum dilakukan?
Murid bersama guru membetulkan kesilapan yang timbul bersama-sama.
Teknik:
Soala jawab
Penerangan

Langkah 2
(5 minit)

Cara tayammum
Guru mengedarkan set soalan inkuiri-penemuan. Guru /model hidup(murid)mendemonstrasikan cara tayammum dengan diperhatikan oleh murid.
Murid diminta mencari jawapan kepada soalan inkuiri yang diedarkan seperti apakah anggota tayammum,bilangan sapuan debu serta had sapuan.
BBM:
Debu/bedak

Teknik:
Tunjukcara/Demonstrasi
Langkah 3
Aplikasi idea
(10 minit)
Amali
Murid diminta melakukan secara serentak dengan diperhatikan oleh beberapa rakan dipilih dan guru.

Guru meminta murid:
a)    Melakukan perbuatan menyapu muka.
b)    Melakukan perbuatan menyapu tangan hingga kesiku.

KB:
Banding beza


Penutup
(5 minit)
Rumusan dan Refleksi
  • Islam menitik beratkan aspek kebersihan
  • Suci dan bersih adalah dua perkara yang berbeza
  • Bersuci boleh dilakukan dengan tayammum apabila  ada sebab-sebab yang diharuskan syarak

c)    Guru membuat kesimpulan bahawa islam menekankan soal kebersihan dan kesucian setiap masa khususnya semasa beribadat.


Nilai:
Kesedaran kendiri


No comments:

Post a Comment