Sunday, 12 May 2013
Monday, 6 May 2013
Rancangan Mengajar Ibadat (Tayammum)
RANCANGAN PENGAJARAN
Mata Pelajaran :
Pendidikan Agama Islam
Kelas :
5 An-Nawawi
Bilangan Murid :
34 orang
Masa :
8.30-9.30 pagi
Tajuk :
Taharah/Kebersihan
Sub Tajuk :
Tayammum
Hasil Pembelajaran : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran murid akan
dapat:
a) Menyebut
pengertian tayammum dengan betul menggunakan perkataan sendiri.
b) Mengemukakan
sekurang-kurangnya dua sebab tayammum.
c) Melaksanakan
amali melibatkan kesemua syarat dan rukun tayammum dengan kesalahan minimum.
Pengetahuan sedia ada: Murid telah mengetahui tentang pentingnya
taharah/kebersihan
dalam islam dan kehidupan seharian.
Gabungjalin :
Aqidah,Al-Quran
Penerapan Nilai :
Bersyukur,istiqamah,Bersih dan jujur.
Kemahiran Berfikir :
Menjana idea,membanding beza (Peta Minda)
Bahan Bantu Mengajar: Carta,Debu tanah dan lembaran kerj.
Langkah
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti P&P
|
Catatan
|
Pendahuluan
(1 minit)
|
Doa belajar
١)دعاء:
"رب اشرح لي صدري ويسرلي أمري
واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي"
|
Murid berdoa bersama-sama
|
|
Set Induksi
4 minit
|
Teka Silangkata
Perkataan “Rukhsoh”
Maksud – Kemudahan dalam agama seperti Solat
Jamak, Solat Duduk dan Tayamum
|
Murid diminta meneka silangkata yang
ditunjukkan.
Guru memberikan pembayang dan bersoal jawab.
Guru mengaitkan dengan tajuk dan hasil
pembelajaran.
|
KB:
Pemikiran reflektif yang dikaitkan dengan
pengetahuan sedia ada
Teknik:
sumbangsaran
|
Langkah 1
Menjana idea
(5minit)
|
Teori tayammum
|
Guru dan murid bersoal jawab mengenai fahaman
murid tentang tayammum dan perkara
berkaitan dengannya.
Contoh:
Apakah yang dimaksudkan dengan tayammum?
Apakah kemungkinan sebab-sebab yang
membolehkan tayammum dilakukan?
Murid bersama guru membetulkan kesilapan yang
timbul bersama-sama.
|
Teknik:
Soala jawab
Penerangan
|
Langkah 2
(5 minit)
|
Cara tayammum
|
Guru mengedarkan set soalan inkuiri-penemuan.
Guru /model hidup(murid)mendemonstrasikan cara tayammum dengan diperhatikan
oleh murid.
Murid diminta mencari jawapan kepada soalan
inkuiri yang diedarkan seperti apakah anggota tayammum,bilangan sapuan debu
serta had sapuan.
|
BBM:
Debu/bedak
Teknik:
Tunjukcara/Demonstrasi
|
Langkah 3
Aplikasi idea
(10 minit)
|
Amali
|
Murid diminta melakukan secara serentak
dengan diperhatikan oleh beberapa rakan dipilih dan guru.
Guru meminta murid:
a) Melakukan perbuatan menyapu muka.
b) Melakukan perbuatan menyapu tangan hingga
kesiku.
|
KB:
Banding beza
|
Penutup
(5 minit)
|
Rumusan dan Refleksi
|
c) Guru membuat kesimpulan bahawa islam
menekankan soal kebersihan dan kesucian setiap masa khususnya semasa
beribadat.
|
Nilai:
Kesedaran kendiri
|
Friday, 3 May 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)